Wednesday 16 June 2010

pencari yang mencari

Bismillah…

Ini adalah coretan pertama yang mewarnai lembaran ini. Semua yang tercoret disini kebanyakannya adalah coretan hati seorang hamba Tuhan Yang Maha Pengasih. Hamba ini mencari cinta dari Penciptanya dan akan terus mengembara sebagai pengembara di muka bumi milik Tuhan Sekalian Alam. Moga tidak tersesat dan diberi petunjuk disepanjang jalan.

This is all your life. You can do anything you want with it and don't let anyone interfere with what you want…but make sure it obeys Al quran and sunnah.

Kata-kata ini daripada kawan sekolah saya semasa tingkatan 5. Amat besar maknanya… setelah beberapa tahun baru saya sedar. Pada saat kesedaran itu menerjah, saya telah benar-benar menjadikan kata-kata ini sebagai realiti. Bukanlah membangga tetapi amat bersyukur kerana ditunjukkan oleh Allah, jalan yang ini untuk saya dilalui. Jalan yang membawa hamba kepada Penciptanya. Jalan yang menunjukkan pengembara kepada apa yang dicarinya. Dengan harapan, jalan ini akan tetap saya dilalui walaupun duri bertaburan dan debu berterbangan.

" jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi,
ada ujian yang datang melanda,
ada perangkap menunggu mangsa,
akan kuatkah kaki yang melangkah,
bila disapa duri yang menanti,
akan kaburkah pandangan mata,
pada debu yang pastikan hinggap. "
[suci sekeping hati, saujana]

Pencarian ini membawaku ke alam realiti kehidupan dan memberi lebih banyak makna dalam hidup setelah dicungkil dan digali. Namun, bukanlah membawaku ke alam mimpi atau fantasi mahupun imaginasi kerana ini adalah kebenaran. Teringat…kakak pernah mengatakan ini, ' Jangan mengukir ilusi di alam fantasi kerana realiti tidak seindah imaginasi '.

Mungkin ini semua lain daripada saya yang sebelum ini tetapi inilah hakikatnya. Saya telah membuktikan yang saya boleh, awak yang diluar sana... bila akan bermula?

Wasalam. [hanya sekadar pendahuluan]

No comments:

Post a Comment