Thursday 30 December 2010

kembalilah~


kembalilah kpd ALLAH, please!!

if Allah give us Ujian, to make us turn to Allah.

if bigger UJIAN come, not turn to Allah, then...nak besar mana lagi ujian dari Allah?


Cukuplah kisah terdahulu mengajar kita. Jika mereka diuji dengan ujian yang besar, mereka kembali dan memohon bantuan dan pertolongan Allah. Tetapi, setelah ujian dan halangan yang dihadapi lenyap dari pandangan mata, mereka kembali syirik dan mempersekutukan Allah?

Bagaimana pengakhiran mereka? Adakah kita mahu berakhir dengan cara yang begitu?

wahai hati dan sepenuh jasad…

redhalah kepada ALLAH sepenuhnya…

Walaupun didatangkan ujian dan kesulitan.


UJIAN = kembali kepada ALLAH

Semakin banyak ujian melanda, semakin banyak kita ingat Allah, semakin tinggi iman dan semangat kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.


Kerana ujian juga adalah wasilah daripada Allah untuk mentarbiyyah kita yang mengaku dan rela dengan sepenuh jiwa untuk menjadi hamba Allah. Wasilah Allah untuk menyediakan kita menjadi hamba yang lebih baik. Mehnah dan ujian akan lebih mematangkan kita. Kerana menjadi HAMBA bukanlah mudah. Tambah-tambah lagi, menjadi HAMBA YANG REDHA dengan Allah, memang memerlukan kita untuk diuji dengan banyak ujian dan di tarbiyyah oleh Allah.


Wallahu'alam.

Sunday 26 December 2010

ukhuwah fillah

" ukhuwah apakah ini? Adakah sekadar ukhuwah bersandarkan hubungan satu rumah? Atau ukhuwah sesama ahli usrah? Bagaimana pula yang dikatakan ukhuwah fillah? "


Mungkin ana bukan orang yang layak membicarakan hal ini. Atas pelbagai sebab dan kekurangan diri ana sendiri. Sebab ana tahu, usaha ana dalam membina ukhuwah fillah ini masih belum cukup.


Isu ukhuwah adalah isu besar, isu yang sering berkait dengan hati kita dan hati orang yang berada di sekeliling kita. Ukhuwah juga adalah aplikasi daripada ketaqwaan kita.


Kerana, ' sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…' petikan ayat 10 Surah Al-Hujurat.


Dalam ayat ini, pemilihan perkataan amat memainkan peranan penting. Dan sebab itulah Allah menekankan yang ORANG MUKMIN yang berTAQWA adalah golongan yang bersaudara. Namun, persaudaraan dan ukhuwah yang mereka jalinkan adalah ukhuwah fillah berdasarkan IMAN dan TAQWAyang tersemat di dalam hati.


Ada juga hadis yang bermaksud,

Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri

Ana pernah terbaca satu blog yang berkisar tentang ukhuwah..[link]


Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita.

Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.


'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'


Apabila ukhuwah dikaitkan dengan TAQWA, pasti ukhuwah itu juga bukan lakonan semata-mata. Kasih sayang yang kita tunjukkan kepada ukhti kita hanyalah KERANA ALLAH.


Hal ini amat berbeza dengan ukhuwah yang dijalinkan atas sebab-sebab lain seperti ukhuwah dengan rakan sekelas, rakan sesekolah, jiran tetangga, roomate dan pelbagai lagi.

-----

Sehinggakan ana sangat takut kerana dikhuatiri menjalinkan ukhuwah palsu. Ukhuwah yang mempunyai syarat atau ukhuwah yang diberi tembok dinding yang besar lagi tinggi. Yakni tembok keduniaan seperti ukhuwah sekolah.


p/s : Ana sangat terfikir, adakah ukhuwah juga ada kaitannya dengan kematangan seseorang?


Tuesday 21 December 2010

perlu Merasainya sendiri...


" tahu tak apa rasa gula? "

Gula rasanya manis, tapi macamana rasa 'manis' itu? Pernah rasa tak?

sangat susah kalau nak terangkan kepada orang lain yang tidak pernah merasainya. Betapa manisnya gula, betapa pahitnya peria, betapa masamnya limau.

hanya orang yang pernah merasainya tahu dan faham bagaimana rasanya. Sangat rugi bagi yang belum merasainya.

terutamanya, ISLAM...
pernah anda semua merasai ISLAM?
adakah Islam itu manis seperti gula? atau masam seperti limau?

kenal dengan Abu Dzarr Al Ghafiri?

beliau pada mulanya belum merasai Islam walaupun telah sampai ke telinganya berita tentang kedatangan Nabi utusan Allah di Mekah.

beliau sangat ingin tahu, jadi beliau mengutuskan adik kandungnya, Unais ke Mekah untuk melihat keadaan sebenar.

Ditanyakan oleh Abu Dzar kepada Unais :

“Apa yang telah kamu lakukan ?”, tanyanya.

Unais menjelaskan : “Aku sungguh telah menemui seorang lelaki yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari perbuatan yang keji”.

Abu Dzar bertanya lagi : “Apa yang dikatakan orang-orang tentangnya ?”.

(dengan susah payahnya, Unais menceritakan...)

Unais menjawab : “Orang-orang mengatakan, bahwa dia adalah tukang sya’ir, tukang tenung, dan tukang sihir. Tetapi aku sesungguhnya telah biasa mendengar ucapan tukang tenung, dan tidaklah ucapannya serupa dengan ucapan tukang tenung. Dan aku telah membandingkan kata-kata darinya dengan kata-kata para tukang sya’ir, ternyata amat berbeza ucapannya dengan bait-bait sya’ir. Demi Allah, sesungguhnya dia adalah orang yang benar ucapannya, dan mereka yang mencercanya adalah dusta”.

dengan jawapan tersebut, Abu Dzar merasakan yang dia wajib ke Mekah untuk melihat dan merasainya sendiri. Selagi beliau belum berjumpa dengan Rasulullah SAW, hidup beliau tidak tenang.


Islam juga perlu dirasai sendiri oleh setiap dari kita. Betapa manisnya Islam, betapa lengkapnya Islam, betapa cantik dan indahnya Islam.


kita ada hak untuk itu...tiada siapa yang boleh menghalang. Perlu juga ada usaha kearah merasai dan memahami Islam.

Mahu kah menyahut cabaran?

sudah merasai Islam?

banyak cara merasai Islam... usrah**@ceramah@kelas agama.

jika belum, mari rasai hidangan Islam !!


p/s : **usrah; liqa'@circle akan dibincangkan dengan lebih detail dalam next post.