Tuesday 20 July 2010

ubat... tiada di farmasi.

bismillah...

'manusia' selalu lupa..
cepat betul lalai..

kalau kita sakit, kita cari ubat... tapi, patutkah kita cari ubat yang lagi menambahkan side effect nya?

kalau kita sakit perut, tapi kita lagi makan benda yang macam-macam...bukankah perut bertambah sakit?

jadi,
kalau hati kita sakit, takkan kita ubat hati kita dengan segala 'hiburan' dan 'mainan' dunia ini?
kalau hati kita jauh dari Penciptanya, takkan kita nak cari jalan jauh dan akhirnya sesat dalam mencariNya?
kalau hati kita berbintik-bintik hitam dikotori dosa, takkan kita nak menconteng hati kita dengan segala contengan jahiliyyah lagi?

bukankah itu semakin mematikan, menjauhkan, menyakitkan hati kita lagi?

cukuplah, berhentilah dari melakukan perkara sia-sia.

ubatilah hati kita yang lara, yang sakit, yang jauh dari Penciptanya, yang diconteng dosa...
dengan ubat yang paling mujarab.

ubat yang memang tidak akan didapati di farmasi ataupun di cawangan guardian di seluruh negara.
ubat ini paling mahal dan berharga. amatlah sukar untuk mendapatkannya dan beristiqamahh dengannya...
kerana manusia selalu lupa.

namun, CUBA SEKALI PASTI NAK LAGI!

" Wahai manusia! sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu,
penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada,
dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. " [Surah Yunus:57]

Al-Quran adalah 'manual' dan panduan hidup manusia. jadikan Al-Quran, benar-benar panduan yang dapat memberi petunjuk dalam mencari hala tuju hidup kita dan penyembuh segala sakit serta luka-luka hati kita yang masih belum sembuh.

bacalah, fahamilah, dan amalkanlah. setiap ayat dan perkataan dari dalam Al-Quran adalah untuk kita. bukan khusus untuk ummat terdahulu sahaja, seperti taurat, injil dan zabur. tapi, Al-quran BENAR-BENAR untuk kita, kita yang berada diakhir zaman ini.

keadaan sekarang, kita semakin jauh dari Al-Quran... sebab itulah kita sering sedih, kita sering tak gembira, kita sering merasakan segala-galanya tidak cukup, kita sering merasa ditindas dan juga merasa dunia ini tidak adil kepada kita.

kita sebenarnya yang bersalah! jangan salahkan orang lain.. u deserve it!

kembali ke jalan yang benar, dan betulkan kesalahan! bertaubat dan memohon ampunlah atas segala dosa dan nista.

wallahu 'alam.

Thursday 15 July 2010

Islam yang kita bawa...adakah hanya pada NAMA?

Bismillah...

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana kita masih menghirup udara segar kurniaan Allah tanpa apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Penciptanya Yang Maha Besar.

Di dunia moden sekarang, semua perkara akan dikenakan bayaran atau balasan. Nak masuk tandas juga berbayar... tak mungkin udara yang segar dan nyaman ini "Free"? Apakah yang kita lakukan untuk membuktikan kita ini hamba yang sejati kepada Pencipta Seluruh Alam?

Sudahkah kita benar-benar menjadi Muslim yang mengamalkan Islam? Muslim yang bukan hanya pada nama dan tertulis di dalam I.C? Muslim yang bukan kerana lahir dalam keluarga dan kerutunan Islam, jadi kita secara AUTOMATIK menganut Islam? Muslim yang juga bukan dilihat pada lahiriah dan luaran sahaja.

Tetapi Muslim sejati adalah Muslim yang mengamalkan Islam setiap detik dalam hidupnya, yang menghayati Islam dari kaca mata hamba Allah yang hanya mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukannya. Juga menjadikan neraca dan pandangan Allah sebagai alat dalam membuat keputusan dan perancangan dalam hidup. Undang-undang Allah sepatutnya juga dapat mengatasi undang-undang yang digubal oleh manusia dari pelbagai segi dan corak kehidupan.

Inilah kehidupan yang kita perolehi daripada menghirup udara segar dan menikmati segala rezeki dari Allah.

Patutkah kita yang telah menerima pelbagai nikmat dan pinjaman dari seseorang, tetapi kita gunakannya untuk menjatuhkannya dan membela musuhnya.

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu puasa zakat

Pergi ke Mekah tunaikan haji

Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan

Puasa dikerja banyak kekurangannya

Keluarkan zakat kerana terpaksa

Tunai Haji untuk pangkat dan nama

Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan

Namun larangan tetap dilakukan

Ada malaikat kiri dan kanan

Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi

Sunnah mereka tidak dituruti

Quran dibaca tiada penghayatan

Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini

masih mengejar nikmat duniawi

Qadha dan Qadar telah ditentukan

Ditimpa musibah

hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,

adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada

Kerana tinggi akhlak dan taqwa

Tapi sekiranya ia tiada

Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa

Analisa...Semulia manakah kita

Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya

tanyalah diri kita


Ambillah Umar Al-Khattab sebagai contoh dalam mempraktikkan Islam!

Sunday 4 July 2010

tidak berusaha = mensia-siakan doa.

bismillah...

selalu kita suruh orang doakan kita, dari orang yang paling dekat hingga orang yang paling jauh...
dari kawan-kawan hingga ke saudara mara mendoakan kita. sebab kita yakin Allah akan sahut doa kita dengan 2 jawapan iaitu "Yes!" or "Later..." antara dimakbulkan dan apa-apa yang kita minta akan menjadi kenyataan atau mendapat ganjaran di akhirat kelak.

tambahan lagi, kita tahu yang mak dan ayah kita akan sentiasa mendoakan anak-anaknya mendapat yang terbaik dalam segala bidang yang diceburinya.

namun, terfikir tak kita yang setakat doa sahaja kita tidak akan sampai ke destinasi, tanpa usaha.. rezeki tidak masuk ke perut dengan sendiri, tanpa belajar... ilmu tidak akan diperoleh dengan sekelip mata.

jadi kita perlu usaha sekuat tenaga untuk mendapat yang terbaik. walaupun usaha tidak ada kaitan dengan hasil (result)..[**to be discuss later]. tapi sanggupkah kita menghampakan dan mensia-siakan doa orang-orang yang kita sayang dengan tidak berusaha?

dengan usahalah pahala dikutip, dan setiap detik kita berusaha... malaikat di kanan sibuk mencatat agar diber ganjaran oleh Allah. kerana konsep tawakal adalah berserah sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha... bukan usaha terlebih dan tak tak perlu berdoa dan berharap, tapi kedua-duanya adalah selari. semakin banyak usaha, semakin banyak tawakal dan berharap pada Allah bahkan tawakal perlu lebih besar kerana tawakal adalah proses berterusan walaupun urusan tersebut telah diselsaikan.

yakinlah dengan pertolongan Allah dan sama-sama kita amalkannya.

wassalam.