Thursday 15 July 2010

Islam yang kita bawa...adakah hanya pada NAMA?

Bismillah...

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana kita masih menghirup udara segar kurniaan Allah tanpa apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Penciptanya Yang Maha Besar.

Di dunia moden sekarang, semua perkara akan dikenakan bayaran atau balasan. Nak masuk tandas juga berbayar... tak mungkin udara yang segar dan nyaman ini "Free"? Apakah yang kita lakukan untuk membuktikan kita ini hamba yang sejati kepada Pencipta Seluruh Alam?

Sudahkah kita benar-benar menjadi Muslim yang mengamalkan Islam? Muslim yang bukan hanya pada nama dan tertulis di dalam I.C? Muslim yang bukan kerana lahir dalam keluarga dan kerutunan Islam, jadi kita secara AUTOMATIK menganut Islam? Muslim yang juga bukan dilihat pada lahiriah dan luaran sahaja.

Tetapi Muslim sejati adalah Muslim yang mengamalkan Islam setiap detik dalam hidupnya, yang menghayati Islam dari kaca mata hamba Allah yang hanya mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukannya. Juga menjadikan neraca dan pandangan Allah sebagai alat dalam membuat keputusan dan perancangan dalam hidup. Undang-undang Allah sepatutnya juga dapat mengatasi undang-undang yang digubal oleh manusia dari pelbagai segi dan corak kehidupan.

Inilah kehidupan yang kita perolehi daripada menghirup udara segar dan menikmati segala rezeki dari Allah.

Patutkah kita yang telah menerima pelbagai nikmat dan pinjaman dari seseorang, tetapi kita gunakannya untuk menjatuhkannya dan membela musuhnya.

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu puasa zakat

Pergi ke Mekah tunaikan haji

Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan

Puasa dikerja banyak kekurangannya

Keluarkan zakat kerana terpaksa

Tunai Haji untuk pangkat dan nama

Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan

Namun larangan tetap dilakukan

Ada malaikat kiri dan kanan

Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi

Sunnah mereka tidak dituruti

Quran dibaca tiada penghayatan

Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini

masih mengejar nikmat duniawi

Qadha dan Qadar telah ditentukan

Ditimpa musibah

hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,

adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada

Kerana tinggi akhlak dan taqwa

Tapi sekiranya ia tiada

Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa

Analisa...Semulia manakah kita

Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya

tanyalah diri kita


Ambillah Umar Al-Khattab sebagai contoh dalam mempraktikkan Islam!

No comments:

Post a Comment