Sunday 13 March 2011

si budak kecil

Bismillah…

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini dan diri ini yang serba kekurangan.
Selalu terngiang-ngiang di telinga… “kau sihat, tapi kau tak buat apa-apa??”.
Teringat akan adik-adik binaanku, bagaimana khabar mereka? Apa yang boleh saya lakukan, selain bertanya khabar iman mereka dari dalam talian sahaja? Mereka telah sampai ke Mesir lebih awal.
><><><><><><><<>><><
“mak, kalau budak-budak baru belajar naik basikal… pastu jatuh luka-luka. Dia tak nangis pun kan!.”
“kenapa dia still nak belajar naik basikal? Kenapa dia tak stop je?”
“sebab dia tak rase yang jatuh itu adalah sakit. ‘mind-set’ dia ‘tak sakit, sikit je’.”
“dia rase yang jatuh tu adalah permulaan bagi next step!”
“sebab naik basikal tu adalah nikmat yang dia nak capai as matlamat dia”

><><><><><><><><<<><>
“mak, kalau macam tu… saya ni, boleh la assume saya tak sakit kan?”
“buat apa nak duduk hospital lama-lama kan?”
“anggap tak sakit, boleh kan?”

“haish!, kalau sakit betul-betul kene cakap sakit…nanti senang nak bagi ubat”
><><><><><><><>><><><><>
Sejak hari itu, kisah budak kecil ini, menjadi kekuatan untuk diri ini.
Kita dulu-dulu masa kecik, pernah juga jatuh, pernah juga luka-luka, pernah juga tersungkur di tengah jalan. Walau apa sebab sekali pun.

Kalau budak kecik tu stop trying, of course dia takkan pandai naik basikal dan maybe dia takkan berani nak belajar naik motor pula.
Kalau kita stop trying to keep our best… kita takkan ke peringkat seterusnya. Kita hanya akan berada di takuk yang lama.

So, remind ur self that this is the beginning of the next step! Even if, we fall in every trial.
Semangat budak kecik sangat kuat!!!

Wednesday 9 March 2011

Daei rabbani #2

Bismillah…

Alhamdulillah… sinaran matahari yang semakin memancar membuatkan kita semakin mahu melihat dan merenung apakah pengakhiran segala pergolakan dan kebangkitan ummah, semakin kita melompat-lompat untuk menyertai perjuangan mereka. Walaupun bukan di medan dan arena yang sebenar, semoga Allah melihat usaha kita yang sangat kecil ini oleh hamba-hambaNyayang amat kerdil ini.

><><><><><><><><>><<><

Sebelum kita pergi lebih jauh, antara wahyu Allah dalam surah Al-Mudassir VS Al-Muzammil, mari kita lihat apakah asbab an-nuzul kedua-dua surah.

Al-Mudassir diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sangat bersemangat untuk berdakwah dan menyampaikan wahyu kepada kaum dan sahabatnya. Pada ketika itu, yang dimaksudkan "wahai orang berselimut" adalah orang yang telah tahu, tetapi belum menyampaikan wahyu Allah tersebut. Maknanya, Al-Mudassir ditujukan kepada para daei yang bersemangat berkobar-kobar dan mempunyai 'hammasah' yang tinggi.

Al-Muzammil pula, diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW yang takut dan gementar selepas menerima wahyu pertama lalu berselimut. Untuk mencari kekuatan jasmani dan rohani, lalu diturunkan ayat-ayat Al-Muzammil tersebut. Itulah kekuatan yang sebenar seorang daei rabbani yang seluruh kekuatannya hanyalah bersumber dari Penciptanya Yang Maha Esa. Maka, wahyu tersebut diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika amat memerlukanNya sebagai tempat pertama bergantung.

Lihatlah, tema yang dibawakan oleh kedua-dua wahyu Allah ini juga berbeza. Tetapi, both of it adalah perintah Allah.

Perintah yang akan dilakukan serta-merta oleh hambaNya. Bukan setakat Nabi Muhammad SAW, golongan sahabat juga begitu. Identiti dan cirri-ciri yang unik inilah membuatkan mereka menjadi golongan yang hebat, golongan yang akhirnya menguasai 2/3 dunia.

Tema yang dibawa oleh surah Al-Mudassir ialah dari segi operational dan strategi dakwah. Sebaliknya, surah Al-Muzammil, membawa tema ruhiyyah dan peranan kekuatan rohani untuk seorang daei yang mempunyai hubungan yang dekat dengan Rabbnya.

><><><><><><><><><>>><><>

Ketika itu, kami disuruh pilih oleh penyampai, Ustaz Adthif… mahu Surah Al-Mudassir atau Surah Al-Muzammil??

Setelah ditanya berkali-kali, kami undi…dan pemenangnya adalah surah AL-MUDASSIR.

Puas Ustaz terangkan tentang asbab an-nuzul dan tema yang dibawa supaya kami, yang mendengar dapat memilih dengan tepat dan tidak membabi buta ataupun tergesa-gesa dalam memilih. Saya juga merasakan semua yang mendengar sangat bersemangat untuk menjadi daei rabbani sekali gus memilih surah tersebut sebagai isi kepada perbincangan tersebut. Semangat mereka sangat tinggi hingga terpancar di wajah-wajah daei sekalian tanpa perlu ditanya atau diluahkan. Termasuklah adik-adik yang 1st & 2nd year.

><><><><><><><><><><><><>

Mari lihat dan hayati satu per satu ayat dalam surah tersebut berserta terjemahannya.

[1] "wahai orang yang berselimut!"

[2] "Bangunlah, lalu berilah peringatan!"

[3] "dan agungkanlah Tuhanmu,"

[4] "dan bersihkanlah pakaianmu,"

[5] "dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji,"

[6] "dan janganlah engkau member dengan maksud memperoleh balasan yang lebih banyak".

[7] "dan kerana Tuhanmu, bersabarlah."

><><><><><><><><><><><><><><

[1] "wahai orang yang berselimut!"

Allah menyeru orang yang sedang berselimut. Orang yang berselimut yang hanya berehat dirumah, yang melakukan rutin hariannya seperti biasa tanpa memikirkan sedikit pun masalah ummah ini. Orang yang juga mampu untuk beri peringatan, namun, tidak berbuat apa-apa.


 

[2] "Bangunlah, lalu berilah peringatan!"

Dengan sergahan itu, berakhirlah masa tidur untuk seorang daei. Dengan sergahan itu, daei sejati akan immediately bangun dengan segar dan sedar untuk melakukan suruhan Allah. Namun, apakah suruhan tersebut?

'berilah peringatan'!

Dengan warning or threatening??

Kalau warning? Itu adalah amaran, untuk menyelamatkan orang lain dari bahaya dan sengsara. Namun, tetap wujud amaran menuju perkara kebaikan agar dapat menjauhi perkara keburukan.

Then, kalau threatening pula? Itu adalah ancaman, untuk menakut-nakutkan pihak lain @ musuh dengan member ancaman bahaya. Tidak pula wujud ancaman terhadap perkara kebaikan @ bahagia.

Bagaimana pula beza perkataan نذر @ بشير ?

"nazir" adalah warning dan "basyir" adalah threatening.

Jadi, dalam wahyu Allah adalah memberi amaran dan bukanlah membuat ancaman kepada umat Islam. Misi dakwah kita juga adalah misi untuk menyelamatkan umat daripada terkena bahaya. Namun, jangan sampai mereka terkejut dan panic sehingga mereka lari tanpa menyelamatkan orang lain yang juga dalam bahaya. Kita harus jelas sehingga terang dan terlihat nyata yang matlamat kita adalah untuk mengeluarkan umat islam daripada dosa kearah pahala.

Kalau kita tidak dan tidak mahu melakukan suruhan ini, mudharat kepada orang yang kita serukan dan dakwahkan. Cuba bayangkan, kita tersilap intonasi atau cara atau uslub dan cara penyampaian… sehinnga orang yang kita seru, kita ajak semakin jauh dari jalan Allah, semakin membawa diri jauh dari orang yang mengajaknya ke jalan Allah, ke jalan Rabbnya.

Analogi; kita di tempat kerja, kita tahu yang di rumah kita ada bom. Kita nak bagitahu ahli keluarga kita yang kita sayang, untuk selamatkan diri. Apakah cara terbaik untuk kita bagitahu mereka? Supaya mereka bangun dengan tenang dari tidur dan selamtkan ahli keluarga yang lain, yang sedang berehat juga. Jangan sampai mereka panic dan ketakutan hingga tak mampu untuk mencari jalan keluar serta tak mampu untuk mengejutkan orang lain yang juga dalam bahaya.

Cara @ uslub @ intonasi amatlah penting.


 

[3] "dan agungkanlah Tuhanmu,"

Setelah diseru untuk member peringatan, kita diseru untuk mengagungkan Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Sebelum memulakan langkah, kita perlu rasa dulu… betapa Esa, Besar dan Agung nya ALLAH. Letakkan Allah di tempat yang tinggi di hati kita.

Kerana, fitnah paling besar apabila kita rasa kita lagi baik, lagi besar, lagi best daripada orang yang kita dakwahkan. Jangan ingat kita selamat, kita belum dapat tiket masuk ke syurga.

Kita menjalankan dakwah kerana itu adalah bekalan hujah kita dihadapan Allah. Bukanlah confirmation ticket untuk kita ke syurga. Kerana itulah, kita kembali kepada Allah. Dalam apa jua halnya; kerana Allah, bersama Allah, dan kepada Allah.


 

[4] "dan bersihkanlah pakaianmu,"

Seorang daei rabbani perlu bersih hati dan rohani. Bagamana membersihkan rohani yang tidak boleh dilihat? Dengan berwudhuk dan bersuci, nescaya sucilah hati dan spiritual insan rabbani tersebut.

Dan yang paling penting adalah bersih dari segi fizikal dan jasmani serta luarannya. Penampilan yang menarik akan mudah didekati dan disenangi oleh umat manusia.

Daei rabbani akan lebih menjaga penampilannya, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, tetapi perlu ehsan dalam hal ini.

"kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu kearah timur dan ke barat, tetapi kebajiakn itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi…."[2:177]

Kurangakn poensi diri untuk lalai dengan dunia. Arahkannya hanya kepada Allah, dan RasulNya. Harapkanlah ganjaran yang lebih besar daripada nikmat didunia daripada Allah. Ingatlah janji Tuhanmu yang benar.


 

[5] "dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji,"

Perbaikilah dirimu. Berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sentiasalah perbaharukan lah taubatmu. Segeralah bertaubat. Jangan sampai kita rasa bahagia dengan dosa. Jangan biarkan dosa menghiasi hati kita.

Daei rabbani, adalah daei yang dekat dengan Allah. Apabila kita jauh dengan Allah, kita bukan lagi rabbani walaupun kita masih menyampaikan sebagai daei.


 

[6] "dan janganlah engkau memberi dengan maksud memperoleh balasan yang lebih banyak,"

Disana wujud lebih banyak fitnah. Yang kita harapkan adalah imbalan hanya dari Allah. imbalan Allah lebih besar nilainya dari pengikut dan imbalan di dunia.

Bukan imbalan yang boleh disediakan oleh manusia. Bukan semakin banyak kita beri, kita sampaikan, semakin banyak kita dapat wang atau ganjaran dunia.

Lebih banyak memberi dari meminta. Lakukan dakwah ini hingga tiada lagi alasan yang boleh diberikan untuk menghalang kita dari memiliki syurga idaman kita. Sudah tercapaikah matlamat ini?


 

[7] "dan kerana Tuhanmu, bersabarlah."

Bersabarlah. Allah ada bersama kita. Allah sentiasa ada bersama kita. Dan kita bersama Allah.

Orang disekeliling kita? Mereka hanya menyokong. Allah yang memberikan pertolongan.

><><><><><><><><><><><><><

Sudahkah kita menjadi daei rabbani??


 

p/s: ada soalan dari peserta program: mengapa tidak diterangkan tentang surah AL-Muzammil??

**kerana telah diundi… jika mahukan tafsir Al-Muzammil, perlu request lain kali….

Ustaz ada kerja,selepas habis jawab beberapa soalan, terus kesimpulan dan tutup majlis. Tak dapat sambung panjang. L


 


 


 


 


 

Thursday 3 March 2011

daei rabbani #1

Bismillah…

Assalamualaikum. Bagaimanakah iman kita sekarang? Sihat @ sakit? Sudah cari ubat? Sudah baca AlQuran?

Walaupun sudah lama saya tidak menulis… ini bukan tenggelam matahari, tetapi hanya gerhana yang sangat cantik dan istimewa. Sehinggakan semua orang tertunggu-tunggu terbitnya gerhana. Namun, gerhana sebenar tidak lama…hanya seketika, mungkin sedetik.

><><><><><><><><><

Seperti kita faham, tujuan kita diciptakan adalah, khalifah & ibadah. Ini akan membentuk amalan Islam yang syumul. Jadi, kita perlu melakukan ibadah kepada Allah, sekali gus, kita adalah hamba yang perlu taat sebenar-benar taat. Taat kita berdasarkan 3 sebab; rasa cinta, mengharapkan manfaat, rasa takut.

Tapi ingat, kita bukan hanya takut… kerana taat kita perlu bergerak ke tingkat teratas iaitu taat atas rasa Cinta. Jika hanya takut, seperti Bani Israil yang takut kepada raja mereka, Firaun. Ini bukanlah taat yang hakiki.

Bila kita sudah cinta Allah, segala-galanya Allah. Allah akan hadir dalam hidup kita seganap penjuru. Kita akan menjadikan seluruh hidup kita kerana Allah, kapada Allah, bersama Allah.

Seperti orang yang dilamun cinta, hingga dalam perbualan juga berkisarkan Allah, bertemakan Allah, bersama Allah dan kerana Allah. Hingga tidak disengajakan kita bercerita tentang Allah dan Islam dengan ghairahnya. Sekali gus, orang pun nampaklah yang kita sudah ‘obsess’ dengan Allah. Terbukti sudah. This is dakwah. Membuktikan kemanisan Islam dan iman.

Khalifah means ‘pengganti’. Pengganti kepada Rasulullah dalam menyampaikan Islam dan melaksanakan Islam.

Dalam hadith 3, “Bunya al-Islam ‘ala khamsin…”

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)

Asas yang lima itu bukanlah Islam, tetapi Islam dibina diatas lima asas tersebut. Islam ibarat bangunan yang dibina di atas lima tiang seri iaitu bersaksi bahawa Allah Yang Maha Esa dan menafikan tuhan lain, mendirikan solat, zakat, haji dan puasa.

><><><><><><><><

Mari kita lihat ayat 16:125,

Kata kerja “ud’u” menyuruh seorang mengajak, dan menyeru seluruh manusia.

“ila” bermaksud kepada, ke arah atau pun menuju kepada. “sabili Rabbika” bemaksud jalan Tuhan kamu atau pun Islam.

Ayat ini berkisar tentang tanggungjawab kita mengajak dan menyeru seluruh manusia ke arah jalan Tuhan-mu. Walaupun kata perintah tersebut merujuk kepada seorang, namun semua kita membaca AlQuran… jadi, tergalaslah tanggungjawab dakwah kepada seluruh alam oleh seluruh umat manusia.

Kita perlu jelas dengan terang dan nyata akan arah tuju dan matlamat kita. Kemana akan kita pandu umat ini? Kita pandu ke jalan Allah yang lurus dan mengamalkan Islam yang syumul.

Ya! Kita mahu berubah, mahu mempraktikkan Islam. Daripada orang yang biasa-biasa, kepada orang yang mengamalkan Islam, melakukan ibadah dengan istiqamah, menjadi antara salah seorang yang menyumbang dalam kebangkitan Islam.

Namun adakah mudah dengan bersendirian?

Jadi, perbaiki diri serta ajak yang lain bersama. “Islah nafsak wad’u ghairak”. Untuk berubah kearah yang lebih baik, berkongsilah untuk membina biah dan ubah suasana.

<><><><><><>><><><><><><

Setiap daei berkongsi misi yang sama. Misi untuk menjadi rabbani, misi untuk rapat dengan Allah. Daei rabbani bukanlah daei yang kuat qiam dan solat malam nya sahaja. Bukan daei yang banyak ibadah siang dan malam nya sahaja.

Daei rabbani bermaksud daei yang bersifat rabbani. Bukan lah daei yang bersifat “tuhan”.

Rabbani yang dimaksudkan adalah dekat dengan Tuhan dari segi spiritual dan rohaninya. Segala urusan, segala perbuatan, percakapan dan bahasa hati nya adalah kerana Allah, bersama Allah dan kepada Allah sahaja. Inilah prinsip rabbani yang perlu diterap dalam diri kita.

Lebih banyak ibadah lebih ‘rabbani’, namun tak daei bukan sekadar duduk di tikar sejadah. Semakin banyak ibadah, semakin banyak juga urusan dunia yang diuruskan. Vise versa are true.

Semakin banyak urusan dunia yang kita mahu kejar, semakin bertambah amalan harian kita, semakin lama kita beribadah. Jangan di kecilkan skop ibadah. Kerana ibadah umum juga adalah ibadah.

Seperti membersihkan kawasan rumah kerana Allah adalah ibadah, e.g: mencabut rumput. Berbuat baik kepada ibu bapa dan masyarakat juga ibadah, jika didasarkan kepada Allah dengan 3 prinsip td; kerana Allah, bersama Allah, dan kepada Allah.

<><><><><><><><><>

Ini adalah muqaddimah. Persoalannya, Rabbani yang bagaimana?

Mari kita telaah surah Al-mudassir dan surah Al-muzammil.

Rabbani menurut wayhu Allah yang mana? Wahyu Al-mudassir ataupun wahyu surah Al-Muzammil?

***nantikan next sharing***

p/s: maaf lambat. Perlukan masa utk type dan interpret~