Tuesday 22 June 2010

Terus berharap dan mengharap.

tidak cukup dengan semua nikmatKu?
Kau hamba yang kurang bersyukur...
banyak yang telah Allah berikan kepada mu, wahai hamba.
sungguh mudah kau melupakan semua itu...

nikmat Islam dan Iman yang telah kau kecapi,
kau gadaikannya hanya dengan satu ujian menimpa.
baru satu nikmat ditarik seketika...
kau sudah tidak keruan,
sudah terbukti, kau belum cukup bersyukur.

jangan korbankan perkara yang besar dan berharga...
untuk dapatkan perkara yang kecil dan remeh,
jangan membuang masa bersedih,
tapi penuhi masa dengan terus berharap dikurniakan ketenangan.
jangan bermurung mengenangkan yang tiada,
tapi sentiasa berusaha untuk mendapatkannya.

dengan memikirkan nikmat-nikmat yang telah diperoleh,
dapatlah hati menjadi tenang,
menjadikan hati semakin yakin akan pertolongan Allah,
yakin akan sifat Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim.

banyak-banyakkan bersyukur dengan nikmat Allah.
semoga jika diambil oleh Pemiliknya,
hati dapat redha dan terima...
kerana segala seisi langit dan bumi adalah milikNya.
ALLAH S.W.T., Pencipta, Pemillik, Penguasa dan Pemelihara sekalian Alam.




**Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
*Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).

Sunday 20 June 2010

Biar kuat.. namun tetap lemah~

bismillah...

mungkin kerana dosa lalu... mungkin juga kerana amalan hati berkurang, belum cukup istiqamah rupanya aku ini... mingkin juga kerana masalah luaran... mungkin juga masalah hati... dimana silapnya..?

di saat-saat genting ini perkara ini boleh berlaku? dalam musim exam kali ini, ini kali kedua perkara seperti ini berlaku. tapi sekarang dah sangat dekat dengan exam...3 hari lagi [walaupun hanya paper psycology, just lulus @ gagal je~] namun, paper anat masih menanti. akak-akak rumah akan exam esok...harap-harap tak distract fokus study mereka~

aku sangat berharap Allah kurniakanku hati yang tenang... hati yang terang-benderang...untuk menerima ilmuMu, Ya Allah.

mula-mula, plan nak tidur dulu...mungkin semangat untuk study akan datang semula. tapi matapun tak nak tertutup. makin ligat fikiran memikirkan betapa kroniknya aku pada malam ini. itulah yang menyebabkan hati semakin hiba, dan mata semakin banjir... banjir kilat yang tak boleh dibendung!

kemana tempatku bergantung? tempatku mengadu?

" Dan mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk " [2:45]


semangat pun nak kene mintak tolong dari Allah... macam itulah juga dengan kejayaan... kerana kita mengimpikan kejayaan DUNIA dan AKHIRAT.

kalau Emak tahu, mesti mak risaukan~
tapi jangan mak risau...sebab Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sentiasa jaga kita, "Closer than vein " cuma kita yang tak ambil peduli.
* kepada akak-akak, harap antunna semua tak terganggu dengan perkara ini...
All da BEST for tomorrow! =)

Friday 18 June 2010

Dedikasi

Bismillah...


Hmm...tak tahulah kenapa aida buat blog ini. Mungkin gerak hati seorang hamba, lalu disokong oleh kawan-kawan.


Mungkin juga timing buat blog ini salah... sebab sekarang musim exam. Sepatutnya saya concentrate kepada exam kan! Tapi, time-time macam inilah kita akan selalu fikir tentang diri sendiri. Ermm...takpe-takpe, tinggalkan persoalan itu.


Sebenarnya nak dedikasikan blog ini kepada my siblings. Kepada kakak, angah, ateh, dan ainii. Dan sangat berbangga kalau Emak dan Ayah juga dapat membacanya.

Eh, tak lupa juga untuk kawan-kawan di Malaysia, Mesir dan serata dunia.


Adik-beradik aida mesti sangat tertanya-tanya apalah yang aida buat di Mesir, sudahlah jauh, gambar di facebook pun jarang upload....


Mungkin ini satu cara untuk menceritakan apa yang berlaku disini dan apa yang mewarnai hidup aida di Mesir selain pergi ke kelas dan belajar medik. Selain pergi ke kedai dan ke rumah kawan, banyak lagi yang menarik yang aida nak kongsikan. Tambahan lagi apa yang menjadikan aida sekarang...bagai bertukarnya Saidina Umar. Dari seorang yang garang dan berhati keras bak batu, kepada seorang yang menggunakan kelebihannya dalam membantu Islam.


" Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa mereka Islam, sekiranya mereka faham."


Pengalaman, pengajaran, dan pembangkit semangat semua aida nak cerita...Yelah, nak cerita di telefon mesti tak habis... inikan pula nak cerita dalam sms. Harap-harapnya semua yang membacanya dapat manfaat walaupun sedikit, kerana si penulis bukanlah penulis terkemuka.


Last but not least!

Exams...

24/6 - Psycology

29/6 & 30/6 - Anatomy

6/7 & 7/7 - Histology

13/7 & 14/7 - Physiology

20/7 & 21/7 - Biochemistry

{dua hari sebab hari 1st, written & hari 2nd, oral.}

Doakan aida dalam doamu~

Wallahua`lam.

Wednesday 16 June 2010

pencari yang mencari

Bismillah…

Ini adalah coretan pertama yang mewarnai lembaran ini. Semua yang tercoret disini kebanyakannya adalah coretan hati seorang hamba Tuhan Yang Maha Pengasih. Hamba ini mencari cinta dari Penciptanya dan akan terus mengembara sebagai pengembara di muka bumi milik Tuhan Sekalian Alam. Moga tidak tersesat dan diberi petunjuk disepanjang jalan.

This is all your life. You can do anything you want with it and don't let anyone interfere with what you want…but make sure it obeys Al quran and sunnah.

Kata-kata ini daripada kawan sekolah saya semasa tingkatan 5. Amat besar maknanya… setelah beberapa tahun baru saya sedar. Pada saat kesedaran itu menerjah, saya telah benar-benar menjadikan kata-kata ini sebagai realiti. Bukanlah membangga tetapi amat bersyukur kerana ditunjukkan oleh Allah, jalan yang ini untuk saya dilalui. Jalan yang membawa hamba kepada Penciptanya. Jalan yang menunjukkan pengembara kepada apa yang dicarinya. Dengan harapan, jalan ini akan tetap saya dilalui walaupun duri bertaburan dan debu berterbangan.

" jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi,
ada ujian yang datang melanda,
ada perangkap menunggu mangsa,
akan kuatkah kaki yang melangkah,
bila disapa duri yang menanti,
akan kaburkah pandangan mata,
pada debu yang pastikan hinggap. "
[suci sekeping hati, saujana]

Pencarian ini membawaku ke alam realiti kehidupan dan memberi lebih banyak makna dalam hidup setelah dicungkil dan digali. Namun, bukanlah membawaku ke alam mimpi atau fantasi mahupun imaginasi kerana ini adalah kebenaran. Teringat…kakak pernah mengatakan ini, ' Jangan mengukir ilusi di alam fantasi kerana realiti tidak seindah imaginasi '.

Mungkin ini semua lain daripada saya yang sebelum ini tetapi inilah hakikatnya. Saya telah membuktikan yang saya boleh, awak yang diluar sana... bila akan bermula?

Wasalam. [hanya sekadar pendahuluan]