Monday 25 October 2010

arus dunia

false MicrosoftInternetExplorer4

Bismillah…

Setelah 9 bulan di Mesir, ramai yang bertanya… kenapa kurus? Terlintas di fikiran, mengapa mereka lebih melihat luaran dan material yang kita ada? Ini lah pandangan manusia…pandangan orang ramai…pandangan yang kadang-kadang membuatkan kita rasa gah dan adakalanya kita rasa sangat sedih dengannya. Kita selalu mengambil kira pandangan manusia yang menurut arus dunia… namun, bagaimana dengan pandangan Allah? Pandangan dan neraca Allah yang lebih telus dan suci yang menggunakan penimbang AlQuran dan Assunnah.


Kita selalu ingin memenuhi kehendak orang lain yang munkin kehendak tersebut hanyalah perkara remeh-temeh. Namun, bagaimana pula dengan kehendak Allah? Sejauh mana kita menuruti kehendak Allah yang mana semakin kita turuti kehendak Allah, semakin bahagia hidup kita. Selain itu, semakin banyak nikmat-nikmat yang Allah janjikan untuk hambaNya.

Begitulah kita…manusia di akhir zaman ini. Sangat sukar untuk kita melalui kehidupan ini jika kita terlampau ingin mengikut arus dunia yang amat deras dan keras. Jika mahu diikutkan pandangan manusia, semua orang mesti bercouple..mesti berfoya-foya, mesti menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Jika tidak, insan tersebut dianggap jumud, kolot, ketinggalan zaman, dan pelbagai lagi.


Inilah pengalaman yang paling pahit, pedih dan harus diambil iktibar bukan sahaja untuk si pemilik diri, tetapi juga untuk rakan-rakan seperjuangan dan satu arah tuju. Yang mana arah tuju kita hanya satu iaitu syurga dan keredhaan Allah diakhirat nanti. Sangat besar cita-cita ini, adakah kita layak untuk syurga Allah itu? insyaAllah, kita akan berusaha kearah itu.


Walaupun hanya 2 bulan pengalaman kerja ini, namun amat memberi kesan. Cuba kita bayangkan, shift kerja bermula jam 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang dan hanya rehat untuk solat. Lebih kurang 8 jam sehari, masa dihabiskan dengan bercerita. Cerita tentang 'dia dan pasangannya'. Datang pula rakan sekerja shift petang, 'dia dan pasangannya' juga. Hampir meluat dan nak termuntah. Mungkin ini adalah cabaran dan realiti dunia masa kini.


Yang paling pelik, suatu hari..terdapat jemputan majlis hari raya yang bertempat di pejabat Yayasan Pahang.

Pekerja 1: pergi majlis raya nanti naik apa?

Pekerja 2: nanti ada kawan datang jemput.

Pekerja 1: siapa? Kawan ke bf?

Pekerja 2: kawan laa…

Pekerja 1: takpe, nanti kita tengok siapa yang datang.



Sehingga terbuktilah yang datang itu adalah kawan sejantina. Barulah rakan sekerjanya terdiam dan menyelesaikan kerja dengan tenang.



Begitulah dunia, lagi dicari… tidak akan cukup dan tidak akan puas. Seperti meminum air laut, dahaga tidak akan terubat walaupun sudah berbotol air kita telan.



Tiada sebab untuk hamba Allah mencari selain Allah. Jika yang dicarinya adalah rezeki yang halal, Allah yang menentukan rezeki kepada hambanya. Jika yang dicari adalah kebahagiaan didunia, Allah menjanjikan kebahagiaan diakhirat yang lebih pasti dan abadi. Jika yang dicari adalah kepuasan manusia, neraca Allah lagi adil yang menimbang tara setiap perkara walaupun perkara yang tidak kita lihat. Itulah TAQWA yang Allah lihat.