Thursday 3 March 2011

daei rabbani #1

Bismillah…

Assalamualaikum. Bagaimanakah iman kita sekarang? Sihat @ sakit? Sudah cari ubat? Sudah baca AlQuran?

Walaupun sudah lama saya tidak menulis… ini bukan tenggelam matahari, tetapi hanya gerhana yang sangat cantik dan istimewa. Sehinggakan semua orang tertunggu-tunggu terbitnya gerhana. Namun, gerhana sebenar tidak lama…hanya seketika, mungkin sedetik.

><><><><><><><><><

Seperti kita faham, tujuan kita diciptakan adalah, khalifah & ibadah. Ini akan membentuk amalan Islam yang syumul. Jadi, kita perlu melakukan ibadah kepada Allah, sekali gus, kita adalah hamba yang perlu taat sebenar-benar taat. Taat kita berdasarkan 3 sebab; rasa cinta, mengharapkan manfaat, rasa takut.

Tapi ingat, kita bukan hanya takut… kerana taat kita perlu bergerak ke tingkat teratas iaitu taat atas rasa Cinta. Jika hanya takut, seperti Bani Israil yang takut kepada raja mereka, Firaun. Ini bukanlah taat yang hakiki.

Bila kita sudah cinta Allah, segala-galanya Allah. Allah akan hadir dalam hidup kita seganap penjuru. Kita akan menjadikan seluruh hidup kita kerana Allah, kapada Allah, bersama Allah.

Seperti orang yang dilamun cinta, hingga dalam perbualan juga berkisarkan Allah, bertemakan Allah, bersama Allah dan kerana Allah. Hingga tidak disengajakan kita bercerita tentang Allah dan Islam dengan ghairahnya. Sekali gus, orang pun nampaklah yang kita sudah ‘obsess’ dengan Allah. Terbukti sudah. This is dakwah. Membuktikan kemanisan Islam dan iman.

Khalifah means ‘pengganti’. Pengganti kepada Rasulullah dalam menyampaikan Islam dan melaksanakan Islam.

Dalam hadith 3, “Bunya al-Islam ‘ala khamsin…”

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)

Asas yang lima itu bukanlah Islam, tetapi Islam dibina diatas lima asas tersebut. Islam ibarat bangunan yang dibina di atas lima tiang seri iaitu bersaksi bahawa Allah Yang Maha Esa dan menafikan tuhan lain, mendirikan solat, zakat, haji dan puasa.

><><><><><><><><

Mari kita lihat ayat 16:125,

Kata kerja “ud’u” menyuruh seorang mengajak, dan menyeru seluruh manusia.

“ila” bermaksud kepada, ke arah atau pun menuju kepada. “sabili Rabbika” bemaksud jalan Tuhan kamu atau pun Islam.

Ayat ini berkisar tentang tanggungjawab kita mengajak dan menyeru seluruh manusia ke arah jalan Tuhan-mu. Walaupun kata perintah tersebut merujuk kepada seorang, namun semua kita membaca AlQuran… jadi, tergalaslah tanggungjawab dakwah kepada seluruh alam oleh seluruh umat manusia.

Kita perlu jelas dengan terang dan nyata akan arah tuju dan matlamat kita. Kemana akan kita pandu umat ini? Kita pandu ke jalan Allah yang lurus dan mengamalkan Islam yang syumul.

Ya! Kita mahu berubah, mahu mempraktikkan Islam. Daripada orang yang biasa-biasa, kepada orang yang mengamalkan Islam, melakukan ibadah dengan istiqamah, menjadi antara salah seorang yang menyumbang dalam kebangkitan Islam.

Namun adakah mudah dengan bersendirian?

Jadi, perbaiki diri serta ajak yang lain bersama. “Islah nafsak wad’u ghairak”. Untuk berubah kearah yang lebih baik, berkongsilah untuk membina biah dan ubah suasana.

<><><><><><>><><><><><><

Setiap daei berkongsi misi yang sama. Misi untuk menjadi rabbani, misi untuk rapat dengan Allah. Daei rabbani bukanlah daei yang kuat qiam dan solat malam nya sahaja. Bukan daei yang banyak ibadah siang dan malam nya sahaja.

Daei rabbani bermaksud daei yang bersifat rabbani. Bukan lah daei yang bersifat “tuhan”.

Rabbani yang dimaksudkan adalah dekat dengan Tuhan dari segi spiritual dan rohaninya. Segala urusan, segala perbuatan, percakapan dan bahasa hati nya adalah kerana Allah, bersama Allah dan kepada Allah sahaja. Inilah prinsip rabbani yang perlu diterap dalam diri kita.

Lebih banyak ibadah lebih ‘rabbani’, namun tak daei bukan sekadar duduk di tikar sejadah. Semakin banyak ibadah, semakin banyak juga urusan dunia yang diuruskan. Vise versa are true.

Semakin banyak urusan dunia yang kita mahu kejar, semakin bertambah amalan harian kita, semakin lama kita beribadah. Jangan di kecilkan skop ibadah. Kerana ibadah umum juga adalah ibadah.

Seperti membersihkan kawasan rumah kerana Allah adalah ibadah, e.g: mencabut rumput. Berbuat baik kepada ibu bapa dan masyarakat juga ibadah, jika didasarkan kepada Allah dengan 3 prinsip td; kerana Allah, bersama Allah, dan kepada Allah.

<><><><><><><><><>

Ini adalah muqaddimah. Persoalannya, Rabbani yang bagaimana?

Mari kita telaah surah Al-mudassir dan surah Al-muzammil.

Rabbani menurut wayhu Allah yang mana? Wahyu Al-mudassir ataupun wahyu surah Al-Muzammil?

***nantikan next sharing***

p/s: maaf lambat. Perlukan masa utk type dan interpret~

1 comment:

  1. Assalamualaikum...syukran ya ukhti fillah....entri yang berjaya menarik hati ana....

    semoga kita semua dpt menjadi daie yang Rabbani, insyaAllah..

    sambung la ye....

    ReplyDelete