Monday 11 July 2011

Terima...

“ tak rasa ter’seksa’ ke dengan gap exam lama-lama sangat?”
“saya tak kesah sbb saya banyak jgk nak kne cover semula…”

Dalam hati…semua itu adalah ketentuan Allah…musim imtihan ini adalah tarbiyyah yang terancang dari Allah kepada kita. Jadi bergantung kepada kita sendiri nak judge semua ketentuan tu macamana..

Semua itu adalah taqdir dari Allah. Bukan tak pernah stress atau tension atau rasa penat nak tunggu tarikh exam. Tapi perasaan sabar menunggu itu dipupuk jua walaupun ianya berat dan sukar. Kerana, sudah ramai sahabat ataupun ahli beit sudah habis exam walaupun mereka start lebih lambat dan lebih banyak subjek berbanding saya.

Itu tanda saya terima taqdir dan ketentuan Allah.

Saya terima sebagai ujian dan nikmat dari Pencipta Sekalian Alam.

Allah memberikan masa yang lama gap antara exam, adakah saya habiskan dengan berehat @ menonton? Adakah saya membazirkan masa yang ada dengan melakukan perkara yang saya sukai seperti berhibur?

Ini adalah musim mengutip pahala secara senang. Usaha sahaja…tak perlu buat lebih dari itu. Pahala datang bergolek selagi mana kita tuntut ilmu Allah itu semata-mata kerana Allah. Dengan ilmu Allah itu, kita dambakan cintaNya kepada kita…kita harapkan hubungan kita semakin dekat dengan Allah…kita harapkan iman kita bertambah selari dengan pertambahan ilmu yang kita pelajari.

Allah juga ingin menguji kita, adakah dengan gap yang panjang kita usaha lebih…dan bagaimana dengan tawakal kita? Adakah kita claim yang semua itu adalah dari usaha kita sendiri?

Tawakal diibaratkan sebagai cawan dan usaha sebagai isi dalam cawan tersebut. Kalau usaha itu banyak, cawan mesti lebih besar untuk menampung air tersebut. Jadi, konsep yang betul…tawakal kita perlu lebih besar berbanding usaha yang kita lakukan dalam semua keadaan.

Cantik dan menarik uslub Allah nak mengajar kita.

Redha in the first place. Allah tentukan tarikh exam yang sangat jarak…hingga 1 minggu dan lebih. Adakah saya redha dengan segala ketentuan Allah dengan serta-merta?

Allah nak mengajar banyak benda…inilah dimanakan tarbiyyah direct from Allah.
Inilah yang sebenarnya jawapan bagi soalan yang diajukan. Bukanlah jawapan yang diluahkan dari mulut itu…

No comments:

Post a Comment