Sunday 26 December 2010

ukhuwah fillah

" ukhuwah apakah ini? Adakah sekadar ukhuwah bersandarkan hubungan satu rumah? Atau ukhuwah sesama ahli usrah? Bagaimana pula yang dikatakan ukhuwah fillah? "


Mungkin ana bukan orang yang layak membicarakan hal ini. Atas pelbagai sebab dan kekurangan diri ana sendiri. Sebab ana tahu, usaha ana dalam membina ukhuwah fillah ini masih belum cukup.


Isu ukhuwah adalah isu besar, isu yang sering berkait dengan hati kita dan hati orang yang berada di sekeliling kita. Ukhuwah juga adalah aplikasi daripada ketaqwaan kita.


Kerana, ' sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…' petikan ayat 10 Surah Al-Hujurat.


Dalam ayat ini, pemilihan perkataan amat memainkan peranan penting. Dan sebab itulah Allah menekankan yang ORANG MUKMIN yang berTAQWA adalah golongan yang bersaudara. Namun, persaudaraan dan ukhuwah yang mereka jalinkan adalah ukhuwah fillah berdasarkan IMAN dan TAQWAyang tersemat di dalam hati.


Ada juga hadis yang bermaksud,

Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri

Ana pernah terbaca satu blog yang berkisar tentang ukhuwah..[link]


Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita.

Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.


'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'


Apabila ukhuwah dikaitkan dengan TAQWA, pasti ukhuwah itu juga bukan lakonan semata-mata. Kasih sayang yang kita tunjukkan kepada ukhti kita hanyalah KERANA ALLAH.


Hal ini amat berbeza dengan ukhuwah yang dijalinkan atas sebab-sebab lain seperti ukhuwah dengan rakan sekelas, rakan sesekolah, jiran tetangga, roomate dan pelbagai lagi.

-----

Sehinggakan ana sangat takut kerana dikhuatiri menjalinkan ukhuwah palsu. Ukhuwah yang mempunyai syarat atau ukhuwah yang diberi tembok dinding yang besar lagi tinggi. Yakni tembok keduniaan seperti ukhuwah sekolah.


p/s : Ana sangat terfikir, adakah ukhuwah juga ada kaitannya dengan kematangan seseorang?


1 comment:

  1. macam mana kalau kawan kita buat dosa then kita tegur dia but sometimes kita ni lalai kita ikut sekali dia buat dosa. Itu dikira ukhuwah fake?

    ReplyDelete